Pantai Bagan, Sg pelik, atau sepang. Kawasan yang telah dibangunkan menjadi tempat peranginan terkenal iaitu Golden Palm Tree (Sepang Gold Coast). Boleh dikatan palm tree ini telah menjadi tukun dan punca rezeki kepada penduduk tempatan walaupun pada mulanya pembinaan ini menjadi satu bantahan bagi segilintir penduduk tetap di sini. Namun kini akibat dari pembangunan palm ini, ekonomi penduduk telah banyak berubah, ramai penduduk terutama penduduk muda di kawasan itu di beri peluang kerja di situ, ini pastinya dapat mengelakkan gejala sosial yang makin meruncing sekarang.
Terciptanya sepang gold coast ini, bermula la peluang kepada pemancing juga. Tiang-tiang yang dipancang menjadikan tempat anak-anak ikan bermain termasuk gelama, buntal, tetanda, dan jenahak. Walaupun hanya diketegorikan kecil, insyallah 10 tahun nanti tempat ini akan menghasilkan ikan-ikan yang bergred A bagi pemancing.
SENANGIN DAN TETANDA
LEBIH BANYAK SENANGIN